Ya'afur

Ya'afur
Ya'afur Bikerz

Thursday 2 May 2013


                     Hari mengundi hampir tiba...jom tunaikan hak anda..

Thursday 14 March 2013

bicycle buysell

Web yang amat berguna untuk rider-rider mencari barangan kegunaan basikal.Dari A to Z ada jual di sini. Kita juga oleh menjual product basikal kita di sini secara percuma. Bicycle buysell.Dapatkan barangan anda di sini.

Wednesday 27 June 2012

KAYUHAN SILATURRAHIM 2012











Bertemu sekali lagi kita dalam kayuhan Silaturrahim 2012 yang telah di adakan pada 10hb. Jun 2012.Penyertaan kali ini Alhamdullilah amat mengalakan lebih kurang 80 peserta mengambil bahagian.Kami seperti biasa mengalukan kedatangan peserta dengan sarapan pagi dan di ikuti kayuhan sejauh 25km.Apabila tamat kayuhan makan tengahari di sediakan ala kampung.Maklumbalas peserta amat memberansangkan. Di sini disertakan gambar-gambar yang di ambil ketika acara berlangsung.

Monday 21 May 2012

KAYUHAN TIN BISKUT

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua pembaca bloq Ya'afur Bikerz.Sekali lagi dengan rasa gumbiranya Ya'afur Bikerz membuat satu lagi kayuhan yang di panggil kayuhan Tin Biskut.Ini berikutan Tin biskut di sediakan untuk sumbangan dari para raider secara ikhlas bagi menyediakan sarapan pagi untuk para raider yang datang berkayuh. Pekara ini berbangkit memandangkan raider yang hadir agak ramai dan bagi mengelakan tiada tempat duduk yang mencukupi di gerai-gerai mamak jadi dengan persetujuan para raider yang akan hadir kami menyediakan Tin biskut.
Group dari KSCC, As'sakinah,dan beberapa Individu yang hebat2 belaka sudi datang kekayuhan yang kami anjurkan.Kayuhan diketuai oleh En.Joe pada 1st. stage, kemudian di 2nd.stage di ketuai pula oleh En. Azmie Orbea.Sweeper berpengalaman En. Ismail menjadi pemantau dan pemerhati kayuhan dan di bantu oleh Kapten Zainol, En. fauzan,EnSofian dan En. Abd. Rahman.Penjaga hal ehwal keselamatan di awasi oleh En.Harun.Sarapan di sediakan oleh Pn. Hana,manakala Air di sediakan oleh Pn.Ani dan Pn Rogayah.Mohamad"Giant"Daud pula seperti biasa menyelaras seluruh perjalanan acara dari peringkat perancangan hingga ke peringkat penamat acara.













Acara kayuhan ini mendapat maklumbalas yang positif dari paraRaider yang hadir,Inyaallah Kayuhan yang lain bakal menyusul..Tunggguuuu....Kami ingin merakam setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pasukan dan Individu yang hadir dalam majlis ini,kerana tanpa mereka sudah pasti kayuhan ini tidak seceria seperti adanya ini.Sekian Terima Kasih.

Monday 2 April 2012

Hari Exploria Joy Ride

Salam sejahtera semua,bertemu semula kita di ruangan blog ini.Kali ini Ya'afur Bikerz ingin memaparkan cerita bergambar berkenaan kayuhan "Exploria Joy Ride" bersama Ya'afur Bikerz,pada 25hb March 2012 yang lalu. Ini adalah program ke 2 kami selepas Kayuhan Maulidur Rasul.Kami cuba mencari kelainan dalam setiap acara yang diadakan.
Peserta kami sambut dengan sarapan pagi sambil berkenalan sesama rider.Peserta dari luar Tasik Puteri memeriahkan lagi acara disamping sokongan rider-rider dari ARB dan BBB yang sememangnya telah bertapak lebih dahulu dari Ya'afur Bikerz di Tasik Puteri,Rawang.Kayuhan bermula pada pukul 8.30 pagi.Kayuhan di ketuai oleh Saudara Joe Giant.Kayuhan santai ini bukanlah untuk berlumba,kami berhenti dibeberapa lokasi untuk berkumpul dan bergambar.Di acara ini juga kita dapat melihat bertapa kerjasama adalah amat penting dalam hubungan sesama insan,kalau tiada kerjasama sudah pasti rintangan yang ada tidak dapat di tempuhi kerana ada lokasi yang memerlukan peserta menyambut basikal peserta lain.Acara berakhir dalam waktu antara pukul 11.30pagi.Makan tengahari ala kadar di sediakan untuk para peserta,selain di adakan cabutan bertuah di mana hadiahnya merupakan hamper sebanyak 5 buah yang di sumbangkan oleh YB. Tuan Abdul Shukur Idrus.













Ucapan &Taklimat ringkas sebelum kayuhan
Setelah mendapat feedback yang memberangsangkan dari para peserta kami bercadang akan kembali lagi dengan kayuhan "Exploria Joy Ride 2" atau kini di kenali EJR2, Inyaallah..
Sebelum saya mengundur diri izinkan saya merakam penghargaan kepada YB. Tuan Abdul Shukur, Para peserta kayuhan ini, Ahli-ahli Ya'afur dan penduduk setempat yang telah sama-sama memastikan acara ini berjalan lancar dan jayanya. Sekian jumpa lagi di lain waktu dan ketika..Wasssalam.

Sunday 4 March 2012

Kayuhan Exploria 2012

Salam Bahagia dan selamat sejahtera pada para pembaca blog ini. Ya'afur Bikerz dengan rasa sukacitanya ingin mewawarkan pada pembaca semua bahawa Ya'afur bikerz akan mengadakan acara kayuhan EXPLORIA pada 25/3/2012.Kayuhan ini berkonsepkan explorasi dan cara kayuhan ini berbeza dengan kayuhan yang pernah di adakan di lain-lain tempat.Acaranya adalah bagai pertandingan Explorace.Walaupun ia berbentuk pertandingan ,tapi bagi mereka yang mengenali Ya'afur Bikerz,kami lebih cenderung pada kayuhan santai dan bergumbira itu adalah matlamat kami@tapi sedia maklumlah apa yang dimaksudkan santai MTB tu,bukan duduk baring dan lepak tau..sedikit keringat perlu menitik,sedikit kedut di dahi tambah 1 line lagi,sedikit Kilo terturun sendiri..itulah santai Ya'afur bikerz.
Acara di jangka bermula jam 8pagi,kayuhan akan dilepaskan di padang bola Blok 27A,Green ValleyPark,Bandar Tasik Puteri,Rawang.Peserta terdiri 2 orang dalam 1 kumpulan.Mereka diberi beberapa checkpoint dimana di setiap checkpoint ada tugasan@task yang perlu diselesaikan sebelum di serahkan arahan ke checkpoint berikutnya.Tiada tanda jalan khas di sediakan,peserta mungkin perlu perhatikan signboard atau bertanya orang sekeliling untuk menjumpai checkpoint berikutnya,Jadi kalau riders yang kaki pecut pun belum tentu boleh menang kalau kerap terbabas atau tersesat atau agak perlahan bila buat task,apa yang penting perihatin dan kerjasama berpasukan.Kami menyediakan hadiah,tetapi harus diingat hadiah ini sebagai penyeronok acara bukan punca peserta berlumba-lumba hingga mengabaikan keselamatan diri dan mengenepikan silaturrahim sesama peserta.Itulah sebab kami tidak menyediakan hadiah lumayan.

Jadi Ayuh para Pengayuh kita daftar segera kerana kami limitkan jumlah peserta kerana acara ini agak rumit di kelolakan jadi kami cuba elakkan tidak terurus. Jadi jangan tunggu lagi tarikh akhir pendaftaran 18/3/2012.
Jumpa kami di Kayuhan EXPLORIA  2012
 Pendaftaran sila sms "Exploria" ke No. Tel: 017 3177974.Sekian Terima Kasih

Wednesday 8 February 2012

Hari Kayuhan Maulidur Rasul 2012

Alhamdullilah syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya,Ya'afur Bikerz berjaya mengadakan "Kayuhan Maulidur Rasul 1433/2012".Penyertaan pada cubaan pertama kami ini walaupun penyertaan tidak begitu ramai tapi kami rasa cukup puashati kerana pada cubaan pertama dan tempoh Idea kayuhan dengan hari kayuhan cuma punya 3minggu tetapi kami dapat menjalankannya dengan agak lancar dengan kerjasama pelbagai pihak yang turut sama membantu.
Majlis dimulakan dengan pendaftaran peserta yang hadir diikuti dengan sarapan pagi.Tepat pukul 8.30pagi kayuhan pun bermula dengan berselawat beramai-ramai,kecil besar,tua-muda semuanya ikut serta.Pada peringkat awal riders bergerak di jalanraya sejauh lebih kurang 5KM.Apabila sampai disuatu lokasi peserta memasuki laluan offroad sejauh 17KM.Laluan agak mencabar.Dari maklum balas peserta mereka cukup puashati dengan cabaran yang disediakan.Kayuhan berakhir lebih kurang pukul 11.30pagi dan acara selanjutnya adalah makan Tengahari dan juga di ikuti pertandingan Kayuhan lambat.Majlis bersurai lebih kurang pukul 1.30tengahari.
Kami juga mendapat permintaan dari beberapa individu agar kayuhan ini di jadikan acara tahunan,mungkin suatu hari nanti Ya'afur bikerz mendapat trademark sebagai penganjur Kayuhan Maulidur Rasul..Inyaallah
Kayuhan Maulidur Rasul ini juga berjaya mengumpul sedikit  sumbangan dari pengayuh dan individu yang mana hasilnya kami salurkan pada mereka yang kesihatan mereka kurang memuaskan sebagai tanda keperihatinan dan ingatan kami pada mereka dan kami Ya'afur Bikerz sentiasa mendoakan  agar mereka cepat sembuh.







Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada pn.Jariah,Pn.Salwa,Pn.Rogayah,En.Khairol,En. Fadzli,En.Ahmadi,Kapten,En.Solihin Pn.Sofia,Mr.Ng,Mr.Tan,Pn.Yan,Pn.Wati En.Zahari,EnZainal,En Juhari,Saudara/saudari yang menyediakan juadah,club motocross blok27A,ahli-ahli Ya'afur dan juga  peserta kayuhan yang sama-sama memastikan acara kayuhan ini berjalan dengan lancar dan jayanya.Sekian Terima kasih sekali lagi pada mereka semua.