Ya'afur

Ya'afur
Ya'afur Bikerz

Monday 2 April 2012

Hari Exploria Joy Ride

Salam sejahtera semua,bertemu semula kita di ruangan blog ini.Kali ini Ya'afur Bikerz ingin memaparkan cerita bergambar berkenaan kayuhan "Exploria Joy Ride" bersama Ya'afur Bikerz,pada 25hb March 2012 yang lalu. Ini adalah program ke 2 kami selepas Kayuhan Maulidur Rasul.Kami cuba mencari kelainan dalam setiap acara yang diadakan.
Peserta kami sambut dengan sarapan pagi sambil berkenalan sesama rider.Peserta dari luar Tasik Puteri memeriahkan lagi acara disamping sokongan rider-rider dari ARB dan BBB yang sememangnya telah bertapak lebih dahulu dari Ya'afur Bikerz di Tasik Puteri,Rawang.Kayuhan bermula pada pukul 8.30 pagi.Kayuhan di ketuai oleh Saudara Joe Giant.Kayuhan santai ini bukanlah untuk berlumba,kami berhenti dibeberapa lokasi untuk berkumpul dan bergambar.Di acara ini juga kita dapat melihat bertapa kerjasama adalah amat penting dalam hubungan sesama insan,kalau tiada kerjasama sudah pasti rintangan yang ada tidak dapat di tempuhi kerana ada lokasi yang memerlukan peserta menyambut basikal peserta lain.Acara berakhir dalam waktu antara pukul 11.30pagi.Makan tengahari ala kadar di sediakan untuk para peserta,selain di adakan cabutan bertuah di mana hadiahnya merupakan hamper sebanyak 5 buah yang di sumbangkan oleh YB. Tuan Abdul Shukur Idrus.













Ucapan &Taklimat ringkas sebelum kayuhan
Setelah mendapat feedback yang memberangsangkan dari para peserta kami bercadang akan kembali lagi dengan kayuhan "Exploria Joy Ride 2" atau kini di kenali EJR2, Inyaallah..
Sebelum saya mengundur diri izinkan saya merakam penghargaan kepada YB. Tuan Abdul Shukur, Para peserta kayuhan ini, Ahli-ahli Ya'afur dan penduduk setempat yang telah sama-sama memastikan acara ini berjalan lancar dan jayanya. Sekian jumpa lagi di lain waktu dan ketika..Wasssalam.