Alhamdullilah syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya,Ya'afur Bikerz berjaya mengadakan "Kayuhan Maulidur Rasul 1433/2012".Penyertaan pada cubaan pertama kami ini walaupun penyertaan tidak begitu ramai tapi kami rasa cukup puashati kerana pada cubaan pertama dan tempoh Idea kayuhan dengan hari kayuhan cuma punya 3minggu tetapi kami dapat menjalankannya dengan agak lancar dengan kerjasama pelbagai pihak yang turut sama membantu.
Majlis dimulakan dengan pendaftaran peserta yang hadir diikuti dengan sarapan pagi.Tepat pukul 8.30pagi kayuhan pun bermula dengan berselawat beramai-ramai,kecil besar,tua-muda semuanya ikut serta.Pada peringkat awal riders bergerak di jalanraya sejauh lebih kurang 5KM.Apabila sampai disuatu lokasi peserta memasuki laluan offroad sejauh 17KM.Laluan agak mencabar.Dari maklum balas peserta mereka cukup puashati dengan cabaran yang disediakan.Kayuhan berakhir lebih kurang pukul 11.30pagi dan acara selanjutnya adalah makan Tengahari dan juga di ikuti pertandingan Kayuhan lambat.Majlis bersurai lebih kurang pukul 1.30tengahari.
Kami juga mendapat permintaan dari beberapa individu agar kayuhan ini di jadikan acara tahunan,mungkin suatu hari nanti Ya'afur bikerz mendapat trademark sebagai penganjur Kayuhan Maulidur Rasul..Inyaallah
Kayuhan Maulidur Rasul ini juga berjaya mengumpul sedikit sumbangan dari pengayuh dan individu yang mana hasilnya kami salurkan pada mereka yang kesihatan mereka kurang memuaskan sebagai tanda keperihatinan dan ingatan kami pada mereka dan kami Ya'afur Bikerz sentiasa mendoakan agar mereka cepat sembuh.
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada pn.Jariah,Pn.Salwa,Pn.Rogayah,En.Khairol,En. Fadzli,En.Ahmadi,Kapten,En.Solihin Pn.Sofia,Mr.Ng,Mr.Tan,Pn.Yan,Pn.Wati En.Zahari,EnZainal,En Juhari,Saudara/saudari yang menyediakan juadah,club motocross blok27A,ahli-ahli Ya'afur dan juga peserta kayuhan yang sama-sama memastikan acara kayuhan ini berjalan dengan lancar dan jayanya.Sekian Terima kasih sekali lagi pada mereka semua.