Acara di jangka bermula jam 8pagi,kayuhan akan dilepaskan di padang bola Blok 27A,Green ValleyPark,Bandar Tasik Puteri,Rawang.Peserta terdiri 2 orang dalam 1 kumpulan.Mereka diberi beberapa checkpoint dimana di setiap checkpoint ada tugasan@task yang perlu diselesaikan sebelum di serahkan arahan ke checkpoint berikutnya.Tiada tanda jalan khas di sediakan,peserta mungkin perlu perhatikan signboard atau bertanya orang sekeliling untuk menjumpai checkpoint berikutnya,Jadi kalau riders yang kaki pecut pun belum tentu boleh menang kalau kerap terbabas atau tersesat atau agak perlahan bila buat task,apa yang penting perihatin dan kerjasama berpasukan.Kami menyediakan hadiah,tetapi harus diingat hadiah ini sebagai penyeronok acara bukan punca peserta berlumba-lumba hingga mengabaikan keselamatan diri dan mengenepikan silaturrahim sesama peserta.Itulah sebab kami tidak menyediakan hadiah lumayan.
Jadi Ayuh para Pengayuh kita daftar segera kerana kami limitkan jumlah peserta kerana acara ini agak rumit di kelolakan jadi kami cuba elakkan tidak terurus. Jadi jangan tunggu lagi tarikh akhir pendaftaran 18/3/2012.
Jumpa kami di Kayuhan EXPLORIA 2012 |