Ya'afur

Ya'afur
Ya'afur Bikerz

Wednesday, 24 August 2011

ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA


Ya'afur mula mengorak langkah setapak lagi.Pondok Ya'afur Bikerz telah di beri nama,tempat persinggahan pabila penat berkayuh.Bukan hanya ahli-ahli Ya'afur saja yang singgah malah pengayuh-pengayuh lain pun turut jadikan tempat melepas lelah.                                                                                                                                                                                              


















Ya'afur bikerz juga telah punya jersey baru yang cadangnya untuk di gunakan buat pertama kalinya di Kuantan kelak.Jingga warnanya, merangkap warna rasmi rider-rider dari Tasik Puteri.Terima kasih pada pihak yang menaja bagi meringankan sikit beban kewangan kami rider-rider Ya'afur.Jasamu tetap kami kenang.Akhirkata dari warga Ya'afur Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.Salam Malaysia.

Saturday, 13 August 2011

MALAM UBI KAYU...SIANG AMAL


Ramadhan 13. Sekali lagi warga Ya'afur berkumpul selepas solat tarawih untuk menjamu ubikayu rebus yang di beli oleh Kapten sebanyak 8kg...banyak tuuuu...di makan dengan sambal tumis,ikan kering,kelapa parut dan gula beserta bingka ubi,airnya KopiO..pperrgghhh.Sebelum itu di mulakan dengan kayuhan malam sekitar Bandar Tasik Puteri.Kebanyakan yang kayuh malam ni Junior Riders sebab meke ni banyak lagi powernya..termasuklah yang tua-tua sikit tu tapi ada power meke layaannnnnn kayuh.Terima kasih pada mereka yang menjadi Marshall malam tu yang sudi melayan karenah rider rider muda ni.

 Group ARB singgah di pondok Ya'afur pada pukul 2.30pagi,setelah membuat kayuhan offroad.
                                                                                          Bergerak pulang mencari bantal empuk bila jam menunjukan pukul 3.30 pagi.Balik untuk melelapkan mata seketika sebelum bangun sahur.

Monday, 8 August 2011

BERBUKA BERSAMA YA'AFUR BIKERZ

Antara Rider wanita 
Antara Rider Lelaki
Deretan basikal ahli

Sembahyang berjemaah

Setelah kenyang
Ramadhan ke 6,Ya'afur menganjurkan majlis berbuka.Pagi hari gotong-royong antara ahli.Lelaki sibuk menguruskan peralatan manakala wanita sibuk menyediakan juadah kecuali khairul ghost dia juga sibuk memasak kari ayam "ghost Rider" di beri nama.Bila senja menjelang tiba basikal di susun di tepi khemah...peeerrgghhhh memang buat orang lain jelous nii..ni rasa nya idea Joe Giant atau Penghulu tapi memang baikkk punyee.Azan berkumandang kami hanya menjamah sedikit juadah dan di susuli dengan sembahyang berjemaah.Selepas solat baru majlis makan yang heavy di mulakan. Ada Pelbagai Juadah seperti Kari daging,kerabu kerang, pengat durian ,Roti Jala dan hidangan yang lain termasuk kueh mueh.Terima kasih pada semua yang bergotong royong memasak,memang sedap,rasa boleh buat bisnes ni.Untung boleh tambah duit tabung kelab..hehehe.Basikal En. Rahman paling berseri almaklum basikal baru beli pada hari yang sama,tapi sayang terjatuh fulak dilanggar kucing yang berlari-lari. Setelah menambah kalori kita kena bakar semula..pukul 11 malam kayuhan Ramadhan pertama di adakan sekitar Tasik Puteri.Di sini bolehlah kita sama-sama melihat gambar ketika majlis ini di adakan....Sekian Selamat Berpuasa.Wassallam.

Thursday, 4 August 2011

Wednesday, 3 August 2011

Baru Bermula

Ya'afur bikerz dah berbulan-bulan berada di pasaran pengayuh-pengayuh beskal.Jambori sana,jambori sini.hash sana,hash sini...kayuh sana ,kayuh sini.Terdiri dari pelbagai peringkat umur dan gender.Mula wujud di blok 27A ,Green Valley Park, Bandar Tasik Puteri ,Rawang.Kemudian ahli-ahlinya berkembang ke blok-blok lain.Asalnya ahli-ahlinya malu nak join ARB dan BBB dimana group ni dah tersohor seentero Malaysia,jadi yang pengayuh yang mula nak berjinak-jinak dengan beskal mula berkayuh dengan beskal cap ayam..1st. time kayuh dengan group ARB dah kena komen dalam blog meke, kata beskal kami chop ayam dan bertongkat lagi.Bila terbaca komen tu kami pun Upgrade le beskal ikut kemampuan masing-masing. Unik group ni ada ramai kaum ibu dan anak-anak.Tapi bukan calang-calang tau,kaum Ibu dan kanak-kanak ni dah menang kat beberapa pertandingan sekitar Selangor dan KL.
Jadi dengan rasa rendah dirinya kami menjemput anda mengikutilah perkembangan Ya'afur bikerz ni melalui Blog kami....Bye