Ramadhan 13. Sekali lagi warga Ya'afur berkumpul selepas solat tarawih untuk menjamu ubikayu rebus yang di beli oleh Kapten sebanyak 8kg...banyak tuuuu...di makan dengan sambal tumis,ikan kering,kelapa parut dan gula beserta bingka ubi,airnya KopiO..pperrgghhh.Sebelum itu di mulakan dengan kayuhan malam sekitar Bandar Tasik Puteri.Kebanyakan yang kayuh malam ni Junior Riders sebab meke ni banyak lagi powernya..termasuklah yang tua-tua sikit tu tapi ada power meke layaannnnnn kayuh.Terima kasih pada mereka yang menjadi Marshall malam tu yang sudi melayan karenah rider rider muda ni.
Group ARB singgah di pondok Ya'afur pada pukul 2.30pagi,setelah membuat kayuhan offroad.
Bergerak pulang mencari bantal empuk bila jam menunjukan pukul 3.30 pagi.Balik untuk melelapkan mata seketika sebelum bangun sahur.
Siang Ramadhan 13, waktunya 10pagi Tuan Mail@ profesor serba tau dengan niat tulus ikhlas sedia menyumbangkan tenaga di pondok Ya'afur untuk membaiki basikal ahli-ahli Ya,afur yang rosak.Dengan kemahiran yang dia ada warga Ya'afur rasa sangat bertuah.Ya'afur Bikerz mengucapkan ribuan terima kasih pada profesor,dengan serangkap pantun"Bangun Pagi gosok gigi, Lain kali nak minta tolong lagi".
Bengkel di tutup pada pukul 1.30 tengahari,setelah semua basikal telah siap di baiki.Kena balik menyimpan tenaga kerana malamnya akan berkayuh offRoad yang diketuai Sifu Rahim@ahli bersekutu.
Ramadhan yang begitu padat dengan aktiviti Ibadah dan Riadah.Inyaallah, moga semua ahli Ya,afur di anugerahkan dengan kesihatan dan kemesraan berpanjangan oleh Allah SWT...Amiin.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.