10hb.September 2011..kayuhan di pilih adalah laluan Kala jengking,di beri nama adalah berdasarkan terjumpanya Kala Jengking pada Kayuhan pertama bersama ahli-ahli Ya'afur.Laluannya pada mulanya telah cuba di terjah oleh Mohamad Giant@Bendahara Seri Paduka Raja secara Solo tetapi gagal kerana kegentarannya pabila mendengar pelbagai bunyi di celah-celah semak samun di hutan simpan Batu Arang ini,kegentaran inilah menyebabkan dia terpaksa berpatah balik dengan seribu kekecewaan,di cubanya kali kedua dengan Hana Volcano tetapi sekali lagi gagal pabila dipertengahan jalan pasanganya minta berpatah balik kerana tempatnya agak jauh kerana bukan sahaja melalui jalan ladang getah tetapi meredah juga hutan simpan yang pasti sahaja banyak penghuninya.Dan pada ketiga kalinya bersama-sama lebih kurang 6 ahli Ya'afur dengan di ketuai oleh Mohamad Giant dibantu kompas@GPS zaman 1511,telah berjaya menerobos laluan yang berliku.Walaubagaimana pun tidak dapat betul-betul mengecapi suasana perjalanan lantaran kekurangan makanan dan ada yang nangis-nangis letih nak makan....hehehe ini kisah benar tau.
Justeru dengan rasa tidak puas hati 2minggu lepas tu di cuba lagi laluan yang sama,kali ini lebih ramai termasuklah kawan-kawan dari ARB dan juga BBB,juga di ketuai oleh Mohamad the Giant,tapi kali ini agak malang kerana apabila Hana Volcano terjatuh dan pecah helmet ketika downhill,dan Leader terpaksa berpatah balik membawa mangsa pulang,tugas mengetuai platun diserahkan kepada Rahim ARB,tapi masih tidak dapat menghayati perjalanan ini apabila tersesat walaupun dibantu oleh alat canggih yang di namai GPS yang 500tahun umurnya lebih muda dari kompas.
Dan..pada detik 10hb.September 2011,dengan azam yang membara dengan tekad Malaysia Boleh dan juga Ya'afur boleh,jam 7.40pagi kayuhan kearah Laluan KalaJengking di mulakan dengan lafas Bismillah@dalam hati je...Seramai 6 orang ahli Ya'afur iaitu terdiri dari Kapten,Mohamad Giant(Penunjuk arah@tak tentu arah), Abdul Rahman Bianchi,Puan Sri Yani,Gayah Gold XDs dan Hana Volcano telah menyertai XPDC ini.Perjalanan memang seronok,ada banyak pandangan menarik,laluan yang cantik dan juga kesan-kesan yang membuat hati rasa bergetarrrR.Kali ini tidak sesat walaupun hanya mengunakan bantuan kompas untuk menentukan simpang mana yang hendak dipilih,kompas tu pun sebenarnya kompas tunjuk arah kiblat je..bak kata orang tak ada blender, lesung batu pun berguna jugak,tak gitu?
|
Awannya di bawah.... |
|
offroad bermula |
|
1st. checkpoint |
|
Layan Downhill pastu Uphill |
|
Add caption |
|
Hutan Mati... |
|
Kesan tapak kaki apa ni? sebesar tapak tangan orang dewasa |
|
Pokok getah dara |
|
Dolnat yang sungguh menyelerakan |
|
Berakhirnya perjalanan luarjalan@offroad daaa.... |
|
Perjalanan Pulang |
|
Sarapan Pagi merangkap makan Tengahari |
Kayuhan berakhir hampir jam 12.30tengahari iaitu sejauh lebih kurang 40km,waktu adalah termasuk waktu berhenti makan tengahari.Kali ini kayuhan rasa cukup puas hati,Inyyallah akan di terjah sekali lagi pada masa terdekat.Akhirkata Ribuan Terima Kasih kerana sudi membaca coretan perjalanan kami ini.