Ya'afur

Ya'afur
Ya'afur Bikerz

Wednesday, 12 October 2011

BURUNG HANTU,MELAKA


Uni.







9orang wakil
Burung hantu,burung yang aktif pada waktu malam.Begitulah gambaran rider-rider pada malam itu.Ya'afur bikerz bersantai dengan kayuhan malam di Melaka.Wakil Ya'afur memulakan perjalanan dari Bandar Tasik Puteri,Rawang,Selangor pada 1hb. Oktober 2011 jam 2petang.Perjalanan ke Melaka mukadimahnya dengan hujan lebat dan jalan sesak di lebuhraya.Bertemu dengan kemalangan yang membabitkan lori dimana kelihatan pemandunya masih tersepit dan bomba sedang cuba pengeluarkannya.Walaubagaimanapun Alhamdullilah kami selamat sampai di Universiti Teknikal Melaka pada jam 5petang.Masuk saja di pekarangan parkir kami terlihat banyak basikal tersusun di tepi jalan,kami dengan sepontan berkata "eehhhh..tengok tu ada orang nak jual basikal"tetapi rupanya itulah basikal kami sendiri yang telah di susun oleh Kapten yang sampai lebih awal..hehehe terkena muka sendiri..padan muka...Kapten dan Puan Sri Yani datang lebih awal.Sampai perut dah berkeroncong kerana tak makan tengahari lagi,nasib baik ada sedikit bekalan makanan yang di bawa,TQ Kak Ani .
mangsa sunami
siap sedia

Kayuhan bermula jam 8.30malam.Seramai 1800peserta telah mengambil bahagian,meriah sungguh.
   Laluan memang mencabar tapi sungguh menyeronokan kerana berkayuh diwaktu malam yang bertemankan lampu kecil amatlah jauh bezanya jika kayuhan dilakukan pada waktu siang.Alhamdullilah malam itu cuaca baik tiada hujan,tapi banyak jugalah rider-rider yang terlantar jatuh dan kejang otot.Ambulan pun sibuk masuk ladang,mungkin ada yg tercedera.Majlis selesai lebih kurang pukul 2.30pagi,dan tamat saja majlis tersebut hujan turun dengan lebatnya,syukur sekurang-kurangnya beskal dicuci secara semulajadi.Di beritahu oleh pihak penganjur acara ini merupakan acara terakhir setelah 3 tahun diadakan.Tahun depan dah takde,siapa yg tak pernah pergi memang rugi,rugi pengalaman je...
Sampai di Tasik Puteri jam 5.30pagi,tunggu Kapten tak sampai-sampai,rupanya dia terpaksa tidur di hentian rehat kerana terlalu letih,dan sampainya jam 10pagi dirumah.Itu pun pengalaman tu.Kepada semua warga Ya'afur di ucapkan tahniah atas keberanian dan ketabahan menyahut siulan Burung Hantu Melaka.
Selepas ini Ya'afur Bikerz akan bertandang ke Kuale Kangsar...jumpa anda di sanaaa...sanaa...sana....

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.