Ya'afur

Ya'afur
Ya'afur Bikerz

Monday, 26 September 2011

HARI MALAYSIA @ MALAYSIA DAY

Hari Malaysia telah seminggu berlalu,tapi beritanya baru hendak bermula lantaran terlalu banyak makan lemang dan ketupat di rumah terbuka jadi agak termalaslah jari-jari ini untuk menaip.Tetapi dihari dan di waktu ini di kuatkan semangat dan dikuatkan tekad sebagaimana kuatnya tekad warga Ya'afur meredah hutan cantik FRIM pada hari Malaysia yang penuh sejarah.
Ya'afur dengan seragam 1Malaysia
Tongkat Ali
Kayuhan keFRIM bermula di hospital Sungai Buloh,pada mulanya saudara Omar mengajak bermula dari arah pintu masuk Kepong lantaran dari Sg. Buloh dikatakan agak "renyah". Tapi pengayuh berpengalaman kita saudara Zainal mahukan laluan dari Sg.Buloh kerana warga Ya'afur dahagakan cabaran.Peerrghh memang mencabar...mula je dah terus mendaki,baru 2KM, ada yang mula pancit@ minta nyawaaa.....tapi bukan apa paru-paru belum kembang.Pastu OK je.Pelbagai laluan berliku dan indah dilalui.Ada sungai,hutan yang cantik dan pendakian yang membuat lidah panjang sampai ketanah iaitu seperti Tongkat Ali Trail.Selain itu ada laluan yang cukup mencabar sepert di Dream Trail,dimana Downhillnya berbentuk Uturn..yg buat tayar belakang turut buat Uturn..iskk..iskkk..iskk..
Khairol Ghost tayar pancit...Joe Giant pun tayarnya pancit,sian mereka.Tapi yang lebih kesian Saudara Omar sebab dia lah yang jadi mangsa menukarkan tayar,terima kasih saudara.Tapi hari itu merupakan pengalaman yang menyeronokan walaupun penat.Warga Ya'afur pasti akan layan lagi laluan di FRIM ni lantaran ada tempat-tempat di sini yang tidak sempat di lalui lantaran kesuntukan masa.Sekian  Terima Kasih Kalian.

Padang rumput


Tuan Zaza & Tuan Man

Tangkap Kapten

Aroma

Salem highcountry


Abg Joe

Sg. Buloh

Dream trail

beskal Joe


Gold Xds



beskal Khairol





Lihat tu..ada yang semput dah baru je mukadimah


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.