Ya'afur

Ya'afur
Ya'afur Bikerz

Monday, 26 September 2011

HARI MALAYSIA @ MALAYSIA DAY

Hari Malaysia telah seminggu berlalu,tapi beritanya baru hendak bermula lantaran terlalu banyak makan lemang dan ketupat di rumah terbuka jadi agak termalaslah jari-jari ini untuk menaip.Tetapi dihari dan di waktu ini di kuatkan semangat dan dikuatkan tekad sebagaimana kuatnya tekad warga Ya'afur meredah hutan cantik FRIM pada hari Malaysia yang penuh sejarah.
Ya'afur dengan seragam 1Malaysia
Tongkat Ali
Kayuhan keFRIM bermula di hospital Sungai Buloh,pada mulanya saudara Omar mengajak bermula dari arah pintu masuk Kepong lantaran dari Sg. Buloh dikatakan agak "renyah". Tapi pengayuh berpengalaman kita saudara Zainal mahukan laluan dari Sg.Buloh kerana warga Ya'afur dahagakan cabaran.Peerrghh memang mencabar...mula je dah terus mendaki,baru 2KM, ada yang mula pancit@ minta nyawaaa.....tapi bukan apa paru-paru belum kembang.Pastu OK je.Pelbagai laluan berliku dan indah dilalui.Ada sungai,hutan yang cantik dan pendakian yang membuat lidah panjang sampai ketanah iaitu seperti Tongkat Ali Trail.Selain itu ada laluan yang cukup mencabar sepert di Dream Trail,dimana Downhillnya berbentuk Uturn..yg buat tayar belakang turut buat Uturn..iskk..iskkk..iskk..
Khairol Ghost tayar pancit...Joe Giant pun tayarnya pancit,sian mereka.Tapi yang lebih kesian Saudara Omar sebab dia lah yang jadi mangsa menukarkan tayar,terima kasih saudara.Tapi hari itu merupakan pengalaman yang menyeronokan walaupun penat.Warga Ya'afur pasti akan layan lagi laluan di FRIM ni lantaran ada tempat-tempat di sini yang tidak sempat di lalui lantaran kesuntukan masa.Sekian  Terima Kasih Kalian.

Padang rumput


Tuan Zaza & Tuan Man

Tangkap Kapten

Aroma

Salem highcountry


Abg Joe

Sg. Buloh

Dream trail

beskal Joe


Gold Xds



beskal Khairol





Lihat tu..ada yang semput dah baru je mukadimah


Monday, 12 September 2011

LALUAN KALAJENGKING@SCORPION ROUTE

10hb.September 2011..kayuhan di pilih adalah laluan Kala jengking,di beri nama adalah berdasarkan terjumpanya Kala Jengking pada Kayuhan pertama bersama ahli-ahli Ya'afur.Laluannya pada mulanya telah cuba di terjah oleh Mohamad Giant@Bendahara Seri Paduka Raja secara Solo tetapi gagal kerana kegentarannya pabila mendengar pelbagai bunyi di celah-celah semak samun di hutan simpan Batu Arang ini,kegentaran inilah menyebabkan dia terpaksa berpatah balik dengan seribu kekecewaan,di cubanya kali kedua dengan Hana Volcano tetapi sekali lagi gagal pabila dipertengahan jalan pasanganya minta berpatah balik kerana tempatnya agak jauh kerana bukan sahaja melalui jalan ladang getah tetapi meredah juga hutan simpan yang pasti sahaja banyak penghuninya.Dan pada ketiga kalinya bersama-sama lebih kurang 6 ahli Ya'afur dengan di ketuai oleh Mohamad Giant dibantu kompas@GPS zaman 1511,telah berjaya menerobos laluan yang berliku.Walaubagaimana pun tidak dapat betul-betul mengecapi suasana perjalanan lantaran kekurangan makanan dan ada yang nangis-nangis letih nak makan....hehehe ini kisah benar tau.
Justeru dengan rasa tidak puas hati 2minggu lepas tu di cuba lagi laluan yang sama,kali ini lebih ramai termasuklah kawan-kawan dari ARB dan juga BBB,juga di ketuai oleh Mohamad the Giant,tapi kali ini agak malang kerana apabila Hana Volcano terjatuh dan pecah helmet ketika downhill,dan Leader terpaksa berpatah balik membawa mangsa pulang,tugas mengetuai platun diserahkan kepada Rahim ARB,tapi masih tidak dapat menghayati perjalanan ini apabila tersesat walaupun dibantu oleh alat canggih yang di namai GPS yang 500tahun umurnya lebih muda dari kompas.
Dan..pada detik 10hb.September 2011,dengan azam yang membara dengan tekad  Malaysia Boleh dan juga Ya'afur boleh,jam 7.40pagi kayuhan kearah Laluan KalaJengking di mulakan dengan lafas Bismillah@dalam hati je...Seramai 6 orang ahli Ya'afur iaitu terdiri dari Kapten,Mohamad Giant(Penunjuk arah@tak tentu arah), Abdul Rahman Bianchi,Puan Sri Yani,Gayah Gold XDs dan Hana Volcano telah menyertai XPDC ini.Perjalanan memang seronok,ada banyak pandangan menarik,laluan yang cantik dan juga kesan-kesan yang membuat hati rasa bergetarrrR.Kali ini tidak sesat walaupun hanya mengunakan bantuan kompas untuk menentukan simpang mana yang hendak dipilih,kompas tu pun sebenarnya kompas tunjuk arah kiblat je..bak kata orang tak ada blender, lesung batu pun berguna jugak,tak gitu?




Awannya di bawah....
offroad bermula
1st. checkpoint



Layan Downhill pastu Uphill



Add caption


Hutan Mati...

Kesan tapak kaki apa ni? sebesar tapak tangan orang dewasa

Pokok getah dara


Dolnat yang sungguh menyelerakan

Berakhirnya perjalanan luarjalan@offroad daaa....

Perjalanan Pulang

Sarapan Pagi merangkap makan Tengahari
Kayuhan berakhir hampir jam 12.30tengahari iaitu sejauh lebih kurang 40km,waktu adalah termasuk waktu berhenti makan tengahari.Kali ini kayuhan rasa cukup puas hati,Inyyallah akan di terjah sekali lagi pada masa terdekat.Akhirkata Ribuan Terima Kasih kerana sudi membaca coretan perjalanan kami ini.


Monday, 5 September 2011

KAYUHAN DAM DAM DUMMM BUNYI MERCUN



Syawal menjelma kembali meninggalkan Ramadhan Al Mubarak.Ucapan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin dari warga Ya'afur untuk  semua. Semangat kayuhan datang kembali ketupat rendang di makan dengan niat nak tambah tenaga bila berkayuh nanti.Kayuhan Syawal pertama bermula pada syawal ke 5 pabila ada warga Ya"afur yang telah pulang semula ke Tasik Puteri.Kayuhan malam setelah siangnya dah isi minyak secukupnya.Kayuhan di mulakan dengan agak perlahan kerana cadangnya  pada keesokan hari akan  ada lagi satu kayuhan ke Tasik Biru,Kundang.

           Kayuhan ke Tasik Biru Kundang,dengan jersey baru Ya'afur.
Perjalanan yang mencabar mental dan fizikal kerana tersesat jalan berpunca jurupandu arah masih bercuti Raya.
Ya'afur Bikerz akan bertandang di Jambori Alor Akar,Kuantan dan juga Kayuhan Burung Hantu ,Melaka. Jadi jumpa anda di sana...sanaa..sanaaa......ycc...ycc...ycc....ycclakeprincess...lakeprincess..lakepricess