Syawal menjelma kembali meninggalkan Ramadhan Al Mubarak.Ucapan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin dari warga Ya'afur untuk semua. Semangat kayuhan datang kembali ketupat rendang di makan dengan niat nak tambah tenaga bila berkayuh nanti.Kayuhan Syawal pertama bermula pada syawal ke 5 pabila ada warga Ya"afur yang telah pulang semula ke Tasik Puteri.Kayuhan malam setelah siangnya dah isi minyak secukupnya.Kayuhan di mulakan dengan agak perlahan kerana cadangnya pada keesokan hari akan ada lagi satu kayuhan ke Tasik Biru,Kundang.
Kayuhan ke Tasik Biru Kundang,dengan jersey baru Ya'afur.
Perjalanan yang mencabar mental dan fizikal kerana tersesat jalan berpunca jurupandu arah masih bercuti Raya.
Ya'afur Bikerz akan bertandang di Jambori Alor Akar,Kuantan dan juga Kayuhan Burung Hantu ,Melaka. Jadi jumpa anda di sana...sanaa..sanaaa......ycc...ycc...ycc....ycclakeprincess...lakeprincess..lakepricess
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.