Kayuhan bermula pada pukul 8.30pagi.Di peringkat awal kayuhan,kita akan berkayuh secara berkumpulan sambil berSelawat keatas Rasul kita Nabi Muhammad saw,di anggarkan sejauh 5km++ ,kemudian semua riders akan di lepaskan berkayuh mengikut kemampuan dan kelajuan masing-masing ke arah yang telah di tetapkan.Peringatan!!!! ini bukan perlumbaan atau Jambori tetapi lebih kepada kayuhan santai walaubagaimana pun bersedialah menghadapi segala halangan dan rintangan yang bakal anda tempuhi di laluan yang bakal kami sediakan
Kami akan menyediakan sarapan pagi dan makan tengahari untuk para peserta,juga air serta pisang di checkpoint atau lebih molek dikatakan kawasan R&R @rehat dan rawat.Cuma ada satu sahaja kawasanR&R memandangkan jaraknya tidaklah begitu jauh.Oleh kerana kami tiada sponser kami akan mengenakan bayaran sebanyak RM15 pada setiap rider,dengan bayaran itu peserta akan di berikan Pass yang mesti di bawa pada hari acara dan Pass itu mestilah di daftarkan di tempat pendaftaran di hari kayuhan itu dilangsungkan.
Kalau dalam tempoh hari acara menjelang tiba kalau ada yang bermurah hati untuk sponser hadiah, kami akan adakan cabutan bertuah kalau tiada di harap tuan-puan anggaplah kayuhan ini sebagai kayuhan santai sempena kita meraikan sambutan Maulidur Rasul cara Rider.Harapan kami juga agar para riders dapat melabuhkan sedikit seluar yang di pakai memandangkan kayuhan ini adalah kayuhan sempena Maulidur Rasul , helmet wajib di pakai.
Oleh kerana kami pertama kali menganjurkan kayuhan ini,kami menghadkan peserta seramai 150orang sahaja,sebarang kelemahan dan kekurangan ampun dan maaf kami pohon.
Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi atau SMS pada: :En.Mohamad 017-3177974 atau jika mengenali mana-mana warga Ya'afur Bikerz bolehlah menghubungi mereka kerana slogan mereka"KAMI SEDIA MEMBANTU" jadi jangan malu-malu dan jangan ragu-ragu.Sekian Terima kasih
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.