Ya'afur

Ya'afur
Ya'afur Bikerz

Sunday, 4 March 2012

Kayuhan Exploria 2012

Salam Bahagia dan selamat sejahtera pada para pembaca blog ini. Ya'afur Bikerz dengan rasa sukacitanya ingin mewawarkan pada pembaca semua bahawa Ya'afur bikerz akan mengadakan acara kayuhan EXPLORIA pada 25/3/2012.Kayuhan ini berkonsepkan explorasi dan cara kayuhan ini berbeza dengan kayuhan yang pernah di adakan di lain-lain tempat.Acaranya adalah bagai pertandingan Explorace.Walaupun ia berbentuk pertandingan ,tapi bagi mereka yang mengenali Ya'afur Bikerz,kami lebih cenderung pada kayuhan santai dan bergumbira itu adalah matlamat kami@tapi sedia maklumlah apa yang dimaksudkan santai MTB tu,bukan duduk baring dan lepak tau..sedikit keringat perlu menitik,sedikit kedut di dahi tambah 1 line lagi,sedikit Kilo terturun sendiri..itulah santai Ya'afur bikerz.
Acara di jangka bermula jam 8pagi,kayuhan akan dilepaskan di padang bola Blok 27A,Green ValleyPark,Bandar Tasik Puteri,Rawang.Peserta terdiri 2 orang dalam 1 kumpulan.Mereka diberi beberapa checkpoint dimana di setiap checkpoint ada tugasan@task yang perlu diselesaikan sebelum di serahkan arahan ke checkpoint berikutnya.Tiada tanda jalan khas di sediakan,peserta mungkin perlu perhatikan signboard atau bertanya orang sekeliling untuk menjumpai checkpoint berikutnya,Jadi kalau riders yang kaki pecut pun belum tentu boleh menang kalau kerap terbabas atau tersesat atau agak perlahan bila buat task,apa yang penting perihatin dan kerjasama berpasukan.Kami menyediakan hadiah,tetapi harus diingat hadiah ini sebagai penyeronok acara bukan punca peserta berlumba-lumba hingga mengabaikan keselamatan diri dan mengenepikan silaturrahim sesama peserta.Itulah sebab kami tidak menyediakan hadiah lumayan.

Jadi Ayuh para Pengayuh kita daftar segera kerana kami limitkan jumlah peserta kerana acara ini agak rumit di kelolakan jadi kami cuba elakkan tidak terurus. Jadi jangan tunggu lagi tarikh akhir pendaftaran 18/3/2012.
Jumpa kami di Kayuhan EXPLORIA  2012
 Pendaftaran sila sms "Exploria" ke No. Tel: 017 3177974.Sekian Terima Kasih

Wednesday, 8 February 2012

Hari Kayuhan Maulidur Rasul 2012

Alhamdullilah syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya,Ya'afur Bikerz berjaya mengadakan "Kayuhan Maulidur Rasul 1433/2012".Penyertaan pada cubaan pertama kami ini walaupun penyertaan tidak begitu ramai tapi kami rasa cukup puashati kerana pada cubaan pertama dan tempoh Idea kayuhan dengan hari kayuhan cuma punya 3minggu tetapi kami dapat menjalankannya dengan agak lancar dengan kerjasama pelbagai pihak yang turut sama membantu.
Majlis dimulakan dengan pendaftaran peserta yang hadir diikuti dengan sarapan pagi.Tepat pukul 8.30pagi kayuhan pun bermula dengan berselawat beramai-ramai,kecil besar,tua-muda semuanya ikut serta.Pada peringkat awal riders bergerak di jalanraya sejauh lebih kurang 5KM.Apabila sampai disuatu lokasi peserta memasuki laluan offroad sejauh 17KM.Laluan agak mencabar.Dari maklum balas peserta mereka cukup puashati dengan cabaran yang disediakan.Kayuhan berakhir lebih kurang pukul 11.30pagi dan acara selanjutnya adalah makan Tengahari dan juga di ikuti pertandingan Kayuhan lambat.Majlis bersurai lebih kurang pukul 1.30tengahari.
Kami juga mendapat permintaan dari beberapa individu agar kayuhan ini di jadikan acara tahunan,mungkin suatu hari nanti Ya'afur bikerz mendapat trademark sebagai penganjur Kayuhan Maulidur Rasul..Inyaallah
Kayuhan Maulidur Rasul ini juga berjaya mengumpul sedikit  sumbangan dari pengayuh dan individu yang mana hasilnya kami salurkan pada mereka yang kesihatan mereka kurang memuaskan sebagai tanda keperihatinan dan ingatan kami pada mereka dan kami Ya'afur Bikerz sentiasa mendoakan  agar mereka cepat sembuh.







Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada pn.Jariah,Pn.Salwa,Pn.Rogayah,En.Khairol,En. Fadzli,En.Ahmadi,Kapten,En.Solihin Pn.Sofia,Mr.Ng,Mr.Tan,Pn.Yan,Pn.Wati En.Zahari,EnZainal,En Juhari,Saudara/saudari yang menyediakan juadah,club motocross blok27A,ahli-ahli Ya'afur dan juga  peserta kayuhan yang sama-sama memastikan acara kayuhan ini berjalan dengan lancar dan jayanya.Sekian Terima kasih sekali lagi pada mereka semua.

Friday, 20 January 2012

KAYUHAN MAULIDUR RASUL 1433/2012

Dengan rasa sukacitanya kami warga Ya'afur Bikerz ingin menjemput para pengayuh di mana jua anda berada menyertai KAYUHAN MAULIDUR RASUL yang akan di anjurkan oleh kumpulan kami pada 5hb.February 2012 bersamaan hari Ahad.Kayuhan akan bermula di kawasan kami iaitu di Green Valley Park,Bandar Tasik Puteri,Rawang,Selangor.Jarak kayuhan adalah lebih kurang 25KM ++.70%offroad/30%onroad
 Kayuhan bermula pada pukul 8.30pagi.Di peringkat awal kayuhan,kita akan berkayuh secara berkumpulan sambil berSelawat keatas Rasul kita Nabi Muhammad saw,di anggarkan sejauh 5km++ ,kemudian semua riders akan di lepaskan  berkayuh mengikut kemampuan dan kelajuan masing-masing ke arah yang telah di tetapkan.Peringatan!!!! ini bukan perlumbaan atau Jambori tetapi lebih kepada kayuhan santai walaubagaimana pun bersedialah menghadapi segala halangan dan rintangan yang bakal anda tempuhi di laluan yang bakal kami sediakan

Kami akan menyediakan sarapan pagi dan makan tengahari untuk para peserta,juga air serta pisang di checkpoint atau lebih molek dikatakan kawasan R&R @rehat dan rawat.Cuma ada satu sahaja kawasanR&R memandangkan jaraknya tidaklah begitu jauh.Oleh kerana kami tiada sponser kami akan mengenakan bayaran sebanyak RM15 pada setiap rider,dengan bayaran itu peserta akan di berikan Pass yang mesti di bawa pada hari acara dan Pass itu mestilah di daftarkan di tempat pendaftaran di hari kayuhan itu dilangsungkan.





Kalau dalam tempoh hari acara menjelang tiba kalau ada yang bermurah hati untuk sponser hadiah, kami akan adakan cabutan bertuah kalau tiada di harap tuan-puan anggaplah kayuhan ini sebagai kayuhan santai sempena kita meraikan sambutan Maulidur Rasul cara Rider.Harapan kami juga agar para riders dapat melabuhkan sedikit seluar yang di pakai memandangkan kayuhan ini adalah kayuhan sempena Maulidur Rasul , helmet  wajib di pakai.

Oleh kerana kami pertama kali menganjurkan kayuhan ini,kami menghadkan peserta seramai 150orang sahaja,sebarang kelemahan dan kekurangan  ampun dan maaf kami pohon.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi atau SMS pada: :En.Mohamad 017-3177974 atau jika mengenali mana-mana warga Ya'afur Bikerz bolehlah menghubungi mereka kerana slogan mereka"KAMI SEDIA MEMBANTU" jadi jangan malu-malu dan jangan ragu-ragu.Sekian Terima kasih




Wednesday, 12 October 2011

BURUNG HANTU,MELAKA


Uni.







9orang wakil
Burung hantu,burung yang aktif pada waktu malam.Begitulah gambaran rider-rider pada malam itu.Ya'afur bikerz bersantai dengan kayuhan malam di Melaka.Wakil Ya'afur memulakan perjalanan dari Bandar Tasik Puteri,Rawang,Selangor pada 1hb. Oktober 2011 jam 2petang.Perjalanan ke Melaka mukadimahnya dengan hujan lebat dan jalan sesak di lebuhraya.Bertemu dengan kemalangan yang membabitkan lori dimana kelihatan pemandunya masih tersepit dan bomba sedang cuba pengeluarkannya.Walaubagaimanapun Alhamdullilah kami selamat sampai di Universiti Teknikal Melaka pada jam 5petang.Masuk saja di pekarangan parkir kami terlihat banyak basikal tersusun di tepi jalan,kami dengan sepontan berkata "eehhhh..tengok tu ada orang nak jual basikal"tetapi rupanya itulah basikal kami sendiri yang telah di susun oleh Kapten yang sampai lebih awal..hehehe terkena muka sendiri..padan muka...Kapten dan Puan Sri Yani datang lebih awal.Sampai perut dah berkeroncong kerana tak makan tengahari lagi,nasib baik ada sedikit bekalan makanan yang di bawa,TQ Kak Ani .
mangsa sunami
siap sedia

Kayuhan bermula jam 8.30malam.Seramai 1800peserta telah mengambil bahagian,meriah sungguh.
   Laluan memang mencabar tapi sungguh menyeronokan kerana berkayuh diwaktu malam yang bertemankan lampu kecil amatlah jauh bezanya jika kayuhan dilakukan pada waktu siang.Alhamdullilah malam itu cuaca baik tiada hujan,tapi banyak jugalah rider-rider yang terlantar jatuh dan kejang otot.Ambulan pun sibuk masuk ladang,mungkin ada yg tercedera.Majlis selesai lebih kurang pukul 2.30pagi,dan tamat saja majlis tersebut hujan turun dengan lebatnya,syukur sekurang-kurangnya beskal dicuci secara semulajadi.Di beritahu oleh pihak penganjur acara ini merupakan acara terakhir setelah 3 tahun diadakan.Tahun depan dah takde,siapa yg tak pernah pergi memang rugi,rugi pengalaman je...
Sampai di Tasik Puteri jam 5.30pagi,tunggu Kapten tak sampai-sampai,rupanya dia terpaksa tidur di hentian rehat kerana terlalu letih,dan sampainya jam 10pagi dirumah.Itu pun pengalaman tu.Kepada semua warga Ya'afur di ucapkan tahniah atas keberanian dan ketabahan menyahut siulan Burung Hantu Melaka.
Selepas ini Ya'afur Bikerz akan bertandang ke Kuale Kangsar...jumpa anda di sanaaa...sanaa...sana....

Monday, 26 September 2011

HARI MALAYSIA @ MALAYSIA DAY

Hari Malaysia telah seminggu berlalu,tapi beritanya baru hendak bermula lantaran terlalu banyak makan lemang dan ketupat di rumah terbuka jadi agak termalaslah jari-jari ini untuk menaip.Tetapi dihari dan di waktu ini di kuatkan semangat dan dikuatkan tekad sebagaimana kuatnya tekad warga Ya'afur meredah hutan cantik FRIM pada hari Malaysia yang penuh sejarah.
Ya'afur dengan seragam 1Malaysia
Tongkat Ali
Kayuhan keFRIM bermula di hospital Sungai Buloh,pada mulanya saudara Omar mengajak bermula dari arah pintu masuk Kepong lantaran dari Sg. Buloh dikatakan agak "renyah". Tapi pengayuh berpengalaman kita saudara Zainal mahukan laluan dari Sg.Buloh kerana warga Ya'afur dahagakan cabaran.Peerrghh memang mencabar...mula je dah terus mendaki,baru 2KM, ada yang mula pancit@ minta nyawaaa.....tapi bukan apa paru-paru belum kembang.Pastu OK je.Pelbagai laluan berliku dan indah dilalui.Ada sungai,hutan yang cantik dan pendakian yang membuat lidah panjang sampai ketanah iaitu seperti Tongkat Ali Trail.Selain itu ada laluan yang cukup mencabar sepert di Dream Trail,dimana Downhillnya berbentuk Uturn..yg buat tayar belakang turut buat Uturn..iskk..iskkk..iskk..
Khairol Ghost tayar pancit...Joe Giant pun tayarnya pancit,sian mereka.Tapi yang lebih kesian Saudara Omar sebab dia lah yang jadi mangsa menukarkan tayar,terima kasih saudara.Tapi hari itu merupakan pengalaman yang menyeronokan walaupun penat.Warga Ya'afur pasti akan layan lagi laluan di FRIM ni lantaran ada tempat-tempat di sini yang tidak sempat di lalui lantaran kesuntukan masa.Sekian  Terima Kasih Kalian.

Padang rumput


Tuan Zaza & Tuan Man

Tangkap Kapten

Aroma

Salem highcountry


Abg Joe

Sg. Buloh

Dream trail

beskal Joe


Gold Xds



beskal Khairol





Lihat tu..ada yang semput dah baru je mukadimah